Jumaat, 24 April 2015

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG


BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong | dipotong dan dibersihkan
200gm tepung naik sendiri
70gm tepung kastad
150gm tepung jagung
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SOS COLEK:
200gm gula kabung
1 sudu makan asam jawa
3 sudu makan cili boh
500ml air

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua tepung bersama telur, garam dan juga gula. Gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga boleh melekat pada sotong.
3. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga kekuningan dan angkat.
4. Untuk sosnya pula, campurkan kesemua bahan dalam periuk dan didihkan hingga kuah menjadi sedikit pekat.
5. Angkat dan sedia dinikmati bersama sotong goreng tepung.
Sumber : Rasa/karangkraf
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share
Sumber : Resepi Orang Kampung
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Ingin Menu yang lazat ada 1001 menu yang lazat menanti anda !!! Sila follow and like page ini >>> https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah

Tahukah Anda,Tanah Perkuburan Islam Terbesar Di Dunia?





Wadi us-Salaam, yang bermaksud Lembah Damai, adalah tanah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Najaf, Iraq. Tanah perkuburan meliputi kawasan seluas 1.485,5 ekar dan mengandungi berjuta-juta jasad, menjadikannya salah satu daripada pesaing kuat untuk gelaran tanah perkuburan terbesar di dunia. Najaf sendiri adalah salah satu daripada bandar-bandar Iraq terbesar, dengan jumlah penduduk hampir 600,000. Tetapi bandar bersebelahan yang mati mempunyai berjuta-juta jasad, yang menjangkau sehingga 10km di sepanjang lembah. Wadi Al-Salam perkuburan juga satu-satunya tanah perkuburan di dunia di mana proses pengebumian masih berterusan hingga ke hari sejak lebih 1,400 tahun.

Tanah perkuburan memegang kepentingan dalam kepercayaan orang islam , tidak kira di mana badan-badan mereka telah dikebumikan.


Ramai nabi, raja-raja, dan sultan berada di tanah perkuburan ini termasuk Nabi Hud, Nabi Saleh, dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta mayat putera faithfuls, Ali Ibn Abi Talib.

TIP PENJAGAAN KOMPUTER DAN LAPTOP


  • PDF
  •  
  • Cetak
  •  
  • E-mail
Penggunaan komputer Desktop atau Laptop adalah trend masa kini. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna, ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya.Disertakan beberapa tips penjagaan komputer untuk panduan bersama.


-Elakkan daripada penggunaan bateri sekiranya kita mahu menggunakan laptop dalam tempoh yang panjang seperti 3 hingga 4 jam. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.Jika bateri sudah habis dicas,off laptop dahulu sebelummenanggalkan bateri. digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.Pastikan kuasa bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula atau tanda X kelihatan. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
- Letakkan sekeping kertas A4 di atas papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Gunakan
papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
-Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
- Elakkan komputer daripada getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
-Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap (jangan suka berpindah randah ).
-Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer kerana minuman yang tertumpah ke atas keyboard/terkena disket masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
-Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
-Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
-Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk halus yang masuk ke dalam motherboard akan memendekkan jangka hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur.
-Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write headpada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
-Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan jugakepada kesihatan komputer anda.
-Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani kerana permaidani (karpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
-Gunakan AVR – Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik tidak tetap 230V AC. Ini kerana, ada ketikanya berlaku keadaan dimana terkurang/terlebihvoltage terutama apabila berlakunya petir.
-Back up semua data penting anda. Ini bagi mengelakkan berlaku kehilangan data jika harddisk komputer rosak.
-Scan harddisk sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang fail bermasalah. Gunakan aplikasi scandisk yang lazimnya terdapat dalam aplikasi Window.
-Imbas komputer dengan menggunakan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.
-Pengguna digalakkan untuk menggunakan 2 hard drive. Hard drive bolehdiformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi sebagai backup.
kredit :www.micromind.com.my
Share |